Rasa Indah Dengar Laungan Azan, Minho Dedah 4 Figura Merubah Dirinya Minat Islam & Malaysia!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menyentuh mengenai pengalaman berpuasa, Minho yang pertama kali berpuasa dan beraya di Malaysia mempunyai detik indah di bulan Ramadan dan sepanjang menetap di Malaysia.

“Ramadan tempoh hari, saya ada cuba untuk berpuasa. Saya bersahur bersama Hyunmin-A. Namun, ianya sangat sukar. Saya cuba berpuasa dan saya rasa terlalu dahaga. Saya tidak mampu menahan haus. Saya boleh menahan lapar tetapi saya tidak mampu untuk menahan diri saya dari kehausan.

“Saya hanya mampu berpuasa sehari saja. Ia sangat bermakna buat diri saya. Saya akan cuba berpuasa penuh pada tahun hadapan. Sejujurnya, sepanjang tempoh 5 bulan menetap di Malaysia, banyak momen indah bagi diri saya.

“Saya begitu teruja dapat bercakap Melayu dengan orang Malaysia. Saya juga gembira pertama kali makan Nasi Kerabu. Diri saya tidak boleh lupa ketika pertama kali menjejakan kaki ke kawasan kampung Malaysia. Sudah tentu cuaca panas Malaysia sangat menerujakan diri saya.

“Saya juga berasa begitu indah dapat mendengar laungan Azan. Saya begitu seronok dapat berjenaka dalam bahasa Melayu. Saya juga tidak akan lupa saat bersenam di petang hari selepas waktu bekerja. Saya juga takkan lupa ketika pertama kali bertemu idola saya, Rosyam Nor dan diva sensasi, Azwan Ali,

“Akhir sekali, saya takkan lupakan dapat bekerjasama dengan Hyunmin-A dan D’Handsome. Saya juga suka terbang pertama kali ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air Asia. Itulah momen indah setakat yang saya tidak boleh lupakan sekarang ini,” jelas Minho panjang lebar.

Jangan lupa baca perkongsian selanjutnya dari jejaka kacak yang berasal dari Mokpo, Jeollanam-do dalam artikel selanjutnya. Dengar cerita dia ada kongsi kisah tentang Roy Kim dan memaklumkan perbezaan ketara lelaki Korea dan lelaki Malaysia.

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini