Nak Duet Dengan Siti, Hos Bersama Neelofa, Han Byul Mahu Ajak BTS

Penyertaan bekas ahli kumpulan LED APPLE, Han Byul dalam program Big Stage musim kedua mendapat pertikaian ramai pihak kerana dia yang kini bergerak secara solo tidak sesuai memegang tagline BBNU iaitu Budak Baru Nak Up. Bagaimanapun, selepas 3 minggu membuat persembahan, ternyata ramai netizen sudah melupakan pertikaian tersebut dan menyokong Han Byul dalam program yang mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Menyentuh mengenai pengalamannya di Korea sebagai vokalis utama LED APPLE, Han Byul menegaskan bahawa Big Stage tetap memberikan cabaran besar baginya.

 

Dandanan: Emel Ismail x Pure Theory Cosmetic Baju: Shanell Harun

 

“Saya memang ada pengalaman di Korea, namun Big Stage amat berbeza. Semuanya adalah suasana baru. Saya terpaksa memaksa diri saya untuk buat perkara baru dan mencabar.

 

“Kalau tidak dapat berduet dengan Siti, saya teringin nak berpasangan dengan Neelofa, tidak kisahlah sebagai pengacara atau pun pelakon. Jika benar terjadi, saya sangat gembira,” katanya.

 

 

Selepas menampilkan persembahan menakjubkan di minggu kedua dengan lagu Vroom Vroom nyanyian asal Nabila Razali, ramai mengatakan Han Byul adalah calon finalis Big Stage 2. Malah, ada juga beranggapan juara milik Hanbyul.

 

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini