Nikahi Gadis Malaysia? Personaliti TV, Jay Lee Suka Lihat Wanita Bertudung Sebab Comel!

Sejak menetap di Malaysia, Penyampai radio EBS, Jay Lee tidak menghadapi pelbagai kesusahan seperti orang lain. Mungkin di sebabkan dia sememangnya sudah fasih berbahasa English serta terbiasa dengan kerja di luar negara.

“Walaupun tak banyak susah, tapi saya terkejut apabila banyak orang double parking di sini. Bukan saya nak kondem tetapi saya dapati perkhidmatan pos laju tidak selaju namanya manakala perkhidmatan turut sama lambat. Pun begitu, saya belajar dan mula fahaminya. Pada mulanya, saya tidak tahu tentang orang Islam dan budaya halal. Jadi, semasa sambutan hari natal, saya mahu berikan hadiah kepada pekerja saya.

“Saya telah belikan makanan tidak halal iaitu roti sosej kepada mereka. Saya tidak tahu mereka tidak boleh makan. Jadi, saya rasa malu dan terkejut apabila salah seorang pekerja bangsa Cina memaklumkan bahawa orang Melayu tidak boleh makan. Saya betul-betul malu dan berasa sangat bersalah. Namun, saya terkejut, mereka melayan dengan membalas pemberian saya dengan ucapan terima kasih dan selamat hari Natal.

“Sepatutnya mereka boleh cakap, saya tak boleh makan tapi disebabkan hormat, mereka terima kerana tidak mahu kecewakan hati saya. Sampai sekarang, saya masih ingat lagi peristiwa tersebut. Ia betul-betul terkesan buat diri saya,” jelas Jay yang sudah berusia 40 tahun.

Foto: EH! SOLEKAN: Qif farel FD: Anas Abdullah


Dalam pada itu, Jay yang kini lebih mencintai budaya Malaysia dan terlalu rindu orang Malaysia jika berada di Korea mengulas mengenai ramai wanita Malaysia dan Asia Tenggara yang menyukai Oppa kerana pengaruh drama Korea.

“Bagi saya, orang Malaysia sangat peramah dan baik hati. Saya tidak pernah dilayan teruk. Saya sering saja dilayan baik dan sentiasa menerima jemputan. Saya terharu dan rasa dihormati serta berbangga mempunyai kawan dari kalangan orang Malaysia.

“Mungkin wajah dan penampilan saya tidak seperti Oppa dalam drama Korea, Namun, melihat layanan yang diberikan wanita Malaysia, membuatkan saya seperti Oppa dalam drama Korea. Terima kasih sangat,”ujarnya.

Selain ketagih makan sambal, Jay yang masih belum fasih berbahasa Melayu banyak juga menghafaz bahasa Melayu yang mudah.

Antara perkataan dan ayat yang saya ingat ialah…Helo Semua, Selamat Berkenalan. Nama saya Jay Lee, Saya berasal dari Korea. Saya sudah empat tahun bekerja di Malaysia. Saya suka Malaysia. Malaysia Boleh!,” kongsinya dengan senyum lebar.

Memandangkan Jay masih lagi bujang dan belum bertemu jodoh, jejaka ini tidak menolak seandainya jodohnya datang dari wanita Malaysia.


“Jujur saya katakan, wanita Malaysia semua comel-comel belaka. Saya suka tengok mereka mengenakan tudung atau hijab. Saya juga suka tengok cara mereka bersolek. Mereka ikhlas. Wanita Malaysia mempunyai senyuman manis dan menawan. Setiap kali saya melihat wanita Malaysia senyum, saya juga mampu tersenyum.

“Saya puji ikhlas. Wanita Malaysia juga mempunyai mata yang cantik. Cara mereka cakap Melayu pula sangat menarik dan comel. Comel dengar mereka cakap Melayu. Kahwin wanita Malaysia, Jujurnya. Saya tidak tahu lagi. Dalam kehidupan, banyak perkara berlaku diluar jangkaan dan perancangan seseorang.

Tidak semua yang dirancang menjadi dan tertunai. Saya tidak terfikir untuk berkahwin dengan orang Malaysia. Namun, saya tidak tahu, kalau jodoh saya terima,” katanya.

Meminati aktiviti lasak dan melancong, Jay mempunyai pilihan lokasi lepak dan melancong di Malaysia.

“Saya dah banyak melawat tempat di Malaysia. Tapi tempat yang paling saya suka ialah Cameron Highland, Sekinchan, Pulau Pinang dan Ipoh. Saya juga kalau boleh nak pergi ke Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Kuching, Sarawak. Itupun kalau jadual kerja saya mengizinkan,” ujarnya.

Kongsikan artikel ini