ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

JUNJI ( KIM JUN HYUNG)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?

JUNJI: Wow! Saya rasa terkejut apabila berpeluang datang ke Malaysia. Sampai sekarang, saya masih tidak percaya sudah jejakkan kaki ke sini. Terus-terang saya rasa macam dalam mimpi saja. Malaysia sangat indah dan tidak seperti yang disangka.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?

JUNJI: Apa? Malaysia Tour? Kami semua dapat jemputan dari Malaysia. Showcase? Saya memang tidak boleh sembunyikan perasaan saya. Macam-macam yang saya fikirkan. Pada waktu itu, pelbagai reaksi yang saya berikan. Namun, pertama sekali saya rasa sangat bersyukur, bakat kami dan lagu kami digemari orang Malaysia. Saya juga dapat tahu, kelab peminat kami sudah lama menunggu kedatangan kami ke sini. Waktu itu juga, saya terus siapkan diri dan cepat-cepat mahu ketemu mereka semua. Hati saya berdebar-debar menanti saat dan peluang sebegini.

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

JUNJI: Pertama kali, saya akan pergi pesan kopi di cafe secara bungkus. Sambil minum kopi yang sedap itu, saya akan mencari dan berjalan ke restoran yang sedap untuk makan tengah hari. Kalau boleh saya bukan hanya mahu pergi ke restoran sedap saja, saya nak kunjungi restoran yang sangat popular di Malaysia dan cuba hidangan yang disediakan. Selepas itu, saya akan pulang ke hotel dan berenang. Saya juga akan menikmati dan menghabiskan masa di bilik hotel kerana hotel di Malaysia sangat cantik dan menenangkan.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini