ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

MILL ( LEE YONG SOO)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?

MILL: Pertama kali dengar jadual ini, saya terus takut dan macam-macam rasa lahir dihati saya. Namun, perasaan takut itu sikit demi sedikit hilang. Kini saya tidak takut lagi dan memang mahu selalu datang Malaysia. Malaysia ceria dan mesra. Saya sayang Malaysia.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?

MILL: Ini peluang pertama saya untuk terbang jauh ke luar negara. Saya rasa sangat menakjubkan. Selepas dapat tahu, saya telefon ibu saya dan menjerit, Mak saya ke luar negara. Saya dapat pergi Malaysia.

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

MILL: 1) Melancong tempat menarik

2) Makan Makanan Malaysia

3) Berenang di Hotel

4) Shopping untuk ibu.

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini