ONLY ONE OF: Yuna Jadi Idaman & Ada Yang Terkejut Serta Takut Malaysia

Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.

Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.

 

Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.

Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung,  Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.

 

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

NINE ( JUNG WOOK JIN)

Kongsikan rasa anda apabila pertama kali tahu tentang Malaysia dan selepas menjejakkan kaki serta berjumpa dengan orang Malaysia?

NINE: Satu perkara yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Saya memang speechless. Kagum dan terkejut.

Apa yang bermain di fikiran anda selepas pihak pengurusan mengumumkan bahawa anda semua akan mengadakan persembahan dan berjumpa peminat di Malaysia?

NINE: Impian jadi kenyataan. Saya boleh bagi 5 star untuk Malaysia. Akhirnya, saya boleh berjumpa dengan peminat dari Malaysia yang banyak bagi sokongan moral.

4 Perkara yang anda akan lakukan seandainya anda diberi masa satu hari bersendirian di Malaysia?

NINE: empat benda tidak cukup. Tapi saya kalau boleh mahu berjumpa dengan Yuna. Saya sangat kagum dengan muzik yang ditampilkan Yuna. Kalau boleh nak berkolaborasi dengan Yuna.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini