Untuk menjadi seorang model sukan dan juru latih peribadi bukanlah satu perkara mudah di Korea. Sama seperti industri hiburan, persaingan juga amat sengit. Figura EH! KOREA BUZZ edisi Julai 2019 menampilkan salah seorang personal trainner terkenal di Korea iaitu Yoon Jung Hoon yang kini sangat aktif sebagai juru latih peribadi serta model sukan.
Sebelum bergiat aktif dalam gelanggan bina badan, Jung Hoon sebenarnya seorang penari B-BOY. Dia mula menjinakkan diri dalam bidang tarian tersebut apabila kagum melihat persembahan penari B-Boy ketika di bangku sekolah lagi. Walaupun dia pakar menari B-Boy, Jung Hoon juga pakar menari dalam pelbagai tarian termasuk K-POP.
Sewaktu sekolah, sebuah agensi hiburan terbesar di Korea pernah menawarkan dia menjadi artis dibawah naungan mereka. Namun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan Jung Hoon terpaksa menarik diri.
Sungguhpun ramai menganggap dia memiliki pesona sebagai bintang K-Pop serta wajah seperti pelakon Korea, dia tidak pernah terlintas bergelar bintang K-POP dan dia hanya suka menari saja.
Walaupun kini lebih selesa bekerja sebagai model sukan dan juru latih peribadi, dia masih suka menari. Sejak menyertai latihan ketenteraan, ia membuatkan dirinya sukar untuk terus bergelar penari B-Boy. Oleh itu, dia terus melakukan kerjaya sebagai personal trainner sebagai tamat latihan ketenteraan.
Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ, figura bulai Julai 2019 mendedahkan beberapa rahsia berkaitan artis terkenal Korea seperti BTS, Gong Yoo, Jay Park dan ramai lagi. Malah dia turut berkongsi rasa dan pendapat tentang Malaysia termasuk selebriti Malaysia seperti Sarah Suhairi, Marsha, Wany Hasrita, Khai Bahar, Ismail Izzani dan ramai lagi.