Tahu Erti Puasa, Park Jong Suk Kongsi Tips Abang Sado Korea Sepanjang Ramadan!

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Figura Korea Buzz Edisi April menampilkan seorang model fitness dan juga personal trainer di Korea bernama Park Jong Suk. Bercerita mengenai kerjayanya, dia sebenarnya pernah bekerja dua kerja dalam satu masa iaitu sebagai Personal Trainer dan model fitness.

Bagaimanapun, memandangkan dirinya tidak boleh fokus, Jong Suk terpaksa meninggalkan kerjaya sebagai model dan fokus dengan kerja sebagai personal trainer.

 

“Sebenarnya saya memilih kerja sebagai model dan personal trainer kerana saya minat dan seronok. Saya suka work-out!. Sewaktu memilih kerjaya ini, saya tidak pula menerima sebarang kecaman dari sesiapa. Malah, keluarga pun sokong.

“Saya mula berkecimpung dalam arena ini sewaktu saya masih lagi bekerja dengan sebuah syarikat. Sebab itulah juga, saya tidak perlu risau tentang income yang tetap. Tiada siapa pun pandang negatif tentang kerja ini,” ujarnya.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini