Dipinang Muslimah & Seiras Aktor Hollywood Ken Kirby, Paul An Kepingin Nasi Lemak & Jelas Bab Magnet LGBT!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse


“Mempunyai agama yang berbeza bukan bermakna mereka tidak boleh mencintai atau saling suka sama suka. Jikalau benar wanita muslim mahukan lelaki Korea, ia adalah petanda yang baik bagi lelaki Korea yang masih lagi solo dan mencari pasangan hidup.

“Jika ia terjadi kepada saya dan waktu itu saya amat menyukainya, saya akan lamar dia terlebih dahulu sebelum dia meminang saya. Apa? Saya Magnet LGBT?



“Sejujurnya, saya tidak pernah tahu saya ni ada magnet atau tarikan golongan LGBT terutama sekali homo. Bagaimanapun, saya tahu, golongan minoriti ini banyak menyokong saya dan saya amat berterima kasih. Saya tidak pernah fikir negatif terhadap sesiapa saja yang menyukai saya. Namun, jika ia melampaui batas dan bertanya soalan yang agak privasi, saya tidak akan melayannya,” jelasnya.

Bersungguh menjawab bahawa wanita lebih bahagiakan dirinya berbandingan kawan lelaki atau kenalan lelaki, Paul An nafi dituduh homo kerana penampilan.


“Setakat ini, orang tidak pernah lagi silap pandang dan kata saya homo. Dalam hidup saya, saya amat menghormati gay atau pun biseksual. Saya boleh saya berkawan dengan mereka. Tetapi setahu saya, saya ni lelaki tulen sejak azali lagi,” katanya.

Dapatkan penjelasan jujur Paul dalam artikel selanjutnya yang pasti mengejutkan anda!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini