Sam Carter: Ingin Belajar Asas Bahasa Melayu, Tidur 4 jam Sehari Demi Alone

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Habiskan Waktu Bersama Cheetah

Ternyata Sam amat teruja dengan lagu yang dirakam sepenuhnya dalam bahasa Inggeris ini dan kerja kerasnya membangunkan studio bersama beberapa enam rakan sejak tahun lalu. Katanya lagi, dia lebih selesa untuk menampilkan muziknya kali ini dalam bahasa ibundanya dan akan hasilkan lagu dalam Hangul juga selepas ini.

Bersama Wayout Sounds juga, bakal melancarkan beberapa lagi artis yang juga bekas idol selain dirinya dengan lagu baru setiap bulan seperti yang dirancangkan. Katanya, penerimaan terhadap lagu Alone akan menjadi penentu pada arah tuju seterusnya.

Dengan pelbagai pelan bersama labelnya ini, tidak hairanlah mengapa Sam sering digelar sebagai seorang workaholic. Jadualnya setiap hari cukup padat bermula jam 12 tengahari sehingga awal pagi keesokan harinya.

“Saya akan habiskan waktu siang hari di rumah dengan senaman dan bersama kucing kesayangan Cheetah. Kemudian saya ke konti radio Arirang untuk bersiaran dari jam 4pm hingga 6pm. Saya akan makan malam bersama kawan-kawan atau order food delivery saja sebab di Korea servis ini sangat efisien. Dan selebihnya setiap malam di studio hinggalah awal pagi,” jelasnya yang secara purata hanya tidur empat jam sehari demi comeback serta mengukuhkan kerja produksi hasil titik peluhnya sendiri.

Tentunya Lukies yang merindui muzik Lunafly boleh kembali masukkan lagu baru Sam ini dalam playlist anda. Selain menghasilkan single, Sam juga terbuka untuk kolaborasi bersama bintang dari luar Korea untuk menghasilkan lagu dengan konsep k-pop selain peluang untuk sebarang OST.

Dia pernah terbabit dalam penghasilan OST Ms.Hammurabi “You Are The Apple To My Eye” yang baginya agak jiwang bersesuaian dengan drama itu. Dan jika ada peluang, Sam ingin untuk keluar dari kepompong membuat muzik romantik dan mencabar kreativiti untuk konsep “dark” bagi produksi yang unik seperti filem Parasite.

Optimistik dengan langkah barunya ini, Sam berharap lagu Alone akan mendapat tempat di hati peminat bukan saja di Korea malah serata dunia. Buat masa ini hanya di platform muzik Korea seperti Melon dan juga Youtube. Alone akan boleh didengar melalui Spotify beberapa hari lagi ya!

Merindui terutama ketika membuat konsert di zaman kegemilangannya bersama Lunafly, Sam masih ingin membuat persembahan pentas seperti dulu.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini