Use your ← → (arrow) keys to browse
Ikuti Perkembangan Hanbyul Di Malaysia
Pesan Sam buat mereka dari luar Korea yang bercita-cita untuk bergelar K-pop idol ialah pertama untuk fasih berbahasa Korea kerana ia adalah asas untuk sertai mereka dalam industri ini. Dan kedua adalah untuk fahami cara orang Korea termasuk humor mereka barulah senang nak adaptasi diri.
Kini bergelar komposer, Sam tidak menafikan kerja menerbitkan lagu adalah jauh lebih mencabar berbanding menjadi penyanyi. Dia akur banyak perkara yang perlu diambil kira untuk menghasilkan produk berkualiti daripada susunan lagu, vokal dan juga persembahan penyanyi.
Turut mengikuti perkembangan rakan seangkatan Hanbyul yang kini hebat mencipta nama di Malaysia. Sam tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk mempromosi seninya di sini tetapi mungkin tidak menyertai pertandingan realiti kerana dia sudah banyak kali terbabit dalam produksi sedemikian dalam kerjaya nyanyiannya sebelum ini.