Sam Carter: Ingin Belajar Asas Bahasa Melayu, Tidur 4 jam Sehari Demi Alone

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berguru Dengan Eric Nam

“Saya berbesar hati sekiranya ada peluang ke Malaysia. Jika saya ke sana saya ingin belajar asas bahasa Melayu kerana saya tertarik dengan lenggok bahasa serta kemungkinan saya boleh bertutur dan fahami untuk bergaul dengan orang tempatan nanti,” katanya yang pernah mendendangkan lagu Melayu termasuk baru-baru ini sebuah lagu raya di sesi Oppa Raya House.

Dia yang pernah 5 kali ke Malaysia bersama Lunafly menyimpan hasrat untuk kembali tetapi mahu memandu sendiri ke beberapa lokasi menarik sekitar Malaysia termasuk mahu ke kembali ke Genting Highlands yang masih terpahat dalam ingatannya.

“Saya senang dan selesa di Malaysia. Warganya cukup peramah dan persekitaran yang menarik tapi cuaca agak panas. Dulu bila ke sana jadual sentiasa padat untuk berjalan-jalan cuba pelbagai makanan, jadi saya mahu habiskan masa beberapa hari untuk betul-betul explore Malaysia.”

“Saya suka ke pantai sebab sukakan suasana dan bunyi ombak cuma kulit saya mudah terbakar kalau berjemur lama – merah satu badan, paling seksa ketika nak mandi – sakit betul, jadi kalau ke pantai kenalah pakai banyak sunscreen dan terpaksa duduk di tempat teduh,” kongsinya yang banyak menghabiskan masa membaca pelbagai buku di rumah kerana pergerakan terhad sepanjang pandemik.

Hasratnya untuk pulang ke UK menjenguk keluarga terbantut bila terjadi sekatan rentas negara.

“Saya pulang tiap tiga tahun dan ada kalanya ibu saya dan adik datang. Tapi oleh sebab bapa tidak sihat, ibu tak dapat datang kerana menjaganya. Jadi sebaik saja tamat travel ban, perkara pertama yang saya akan buat ialah balik kampung!”

Banyak lagi perancangan Sam dalam seni muzik dan juga kerjaya penyiarannya. Selain mengembangkan produksi Way Out Sounds, Sam juga sedang mempelbagaikan bakat ‘bercakap’ dengan siaran podcast seperti teman baiknya Eric Nam. Sama-sama kita nantikan lebih banyak projek dari Sam dan juga kunjungannya ke Malaysia serta juga sebuah lagu dalam bahasa Melayu ciptaannya.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini