Gadis AT Ajak Kahwin, Won Sub Label Korea Tiada Tempat Secantik Sipadan

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Seronok bercerita tentang impiannya nak ke Malaysia, Won Sub telah memasang strategi perkara yang akan dibuatnya untuk mempromosikan Malaysia ke Korea atau peminat dari rantau antarabangsa. Malah, Won Sub mahu menyimpan dan merakam segala memori indah di Malaysia dalam laman youtube supaya lebih ramai lagi teruja sepertinya dan mahu datang Ke Malaysia setelah usai Covid-19.

“Kalau saya diberi peluang, saya ingin menetap di Pulau Malaysia selama sebulan. Saya betul-betul ingin mencubanya. Orang akan suka apabila saya kongsikan apa yang tiada di Korea.



“Alam sekitar di Malaysia memang cantik. Kalau boleh, saya harap orang Malaysia boleh kenalkan saya dengan pelbagai makanan tradisional Malaysia. Saya tertanya-tanya bagaimana rasa makanan di Malaysia.



“Selain itu, saya akan guna sebaik mungkin masa dan peluang ini untuk melancong ke seluruh Malaysia. Semoga harapan saya ini terjadi satu hari nanti,” jelas Won Sub yang pernah berkolaborasi dengan bintang Rapper Korea bernama Basick.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini