Use your ← → (arrow) keys to browse
Tuah ayam Nampak di Kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Selepas sah menandatangani kontrak dengan HAE iaitu agensi gabungan Malaysia dan Korea, anak muda asal Korea yang kini sudah Sembilan tahu menetap di Malaysia terus diburu syarikat pengiklanan dan produksi.
Malah, Dave Yoo yang akui masih lagi baru dan perlu banyak masa untuk belajar nyata terkedu dengan sambutan yang diberikan pihak agensi pengiklanan. Paling tidak disangka, Dave menerima impak seperti Selebriti popular dari Korea sewaktu dia menjalani penggambaran program variasi travel khas untuk Tourism Johor.
Bercerita tentang pemilihannya sebagai pengacara untuk program berkenaan, Dave yang baru berusia 18 tahun hanya mampu tersenyum dan cuba yang terbaik untuk mempromosi Malaysia terutama sekali Johor ke mata dunia dan kenalan Korea.