Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya terkedu apabila pihak Tourism Johor memilih saya untuk program ini. Saya tidak boleh janji lebih sebab saya masih baru, tetapi selepas mengacarakan program ini untuk beberapa lokasi, saya yakin bukan saja orang Malaysia dari Johor, orang Korea pun akan menarik untuk berkunjung ke Malaysia selepas pintu negara Malaysia dibuka.
“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak dan agensi saya kerana berikan sokongan padu untuk saya yang masih baru dalam bidang modelling dan pengacaraan. Namun, saya yakin, dengan sokongan ini saya mampu buat yang terbaik. Terima kasih orang Johor sebab pilih saya. Lepas ini, saya juga dimaklumkan akan terbang ke Sarawak untuk projek terbaru.
“Saya rasa, saya macam mimpi. Baru 3 bulan dalam bidang ini, banyak tawaran dan impak positif diterima oleh saya. Terima kasih semua dan saya akan cuba mendalami lebih tentang budaya dan bahasa Malaysia,” katanya.