Suka Atmosfera Malaysia! Lepas Dipilih Harimau Selatan, Dave Dirisik Bumi Kenyalang Pula

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Oleh kerana itu, memandangkan dia kini menggalas tugas sebagai hos dan model Korea yang aktif di Malaysia, Dave akan berkongsi macam-macam dengan sahabat Koreanya.



“Banyak perkara menarik dari Malaysia yang saya akan kongsikan kepada orang Korea. Terutama sekali makanan. Saya sering beritahu kawan korea dan saudara mara saya supaya mereka mencuba semua jenis menu Malaysia. Paling kurang pun, sekali mesti cuba. Kemudian, saya juga seronok bercerita tentang atmosfera Malaysia yang sangat tenang dan menghiburukan.

“Jadi, tidak hairan bagi saya untuk mencerita tentang makanan dan suasana Malaysia setiap kali berborak dengan saudara dan kenalan Korea. Saya juga banyak kali suruh mereka datang ke Malaysia dan rasai sendiri momen tenang di Malaysia. Memang terbaik,” jelasnya.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini