Suka Ayda Jebat, Eddy JJCC Dedah Realiti Hidup Artis K-POP

Menerusi Video Temubual bersama bintang K-POP, JJCC yang lalu, Eddy yang merupakan satu-satunya ahli yang fasih berbahasa Inggeris mengakui jatuh cinta apabila melihat foto Ayda Jebat.

 

Malah, Eddy Oh yang juga pengacara TV di Arirang TV Korea turut menjelaskan punca dia memilih Ayda Jebat sebagai wanita ideal buat dirinya. (Klik untuk tonton)

 

 

Dalam pada itu, Eddy yang berdarah kacukan ini turut menjelaskan hakikat sebenar kehidupan artis Korea yang bukan berasal dari Korea Selatan. Lebih menarik lagi, Eddy turut menjawab spekulasi yang mendakwa dirinya sebagai anak emas agensi yang dimiliki pelakon antarabangsa terkenal,Jackie Chan.

 

 

Selain itu, artis kacak yang terlebih dahulu dikenali di kaca TV Korea menerusi program Masterchef Korea turut berkongsi cerita tentang makanan Malaysia yang digemari dan ingin dicubanya.

 

 

 

Jom ikuti temubual Eksklusif bersama Eddy dibawah kelolaan Hyunmin-A.