Hoon Doo Janji Promosi Malaysia Ke Peringkat Global, Ini Terapi Muzik KPOP Atasi Kemurungan & Status BTS!

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kemurungan dan tekanan perasaan bukanlah satu perkara baru terhadap masyarakat Korea. Apatah lagi kepada golongan pemuzik dan artis Korea. Memandangkan Hoon Doo adalah bintang KPOP yang kini bergelar youtubers, mereka sedar bahawa peningkatan masalah ini semakin teruk di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

Oleh itu, pasangan duo ini mencadangkan terapi muzik KPOP yang boleh mengurangkan masalah kemurungan serta menjelaskan kedudukan mereka sebagai bintang KPOP dan youtubers.

“Bagi kami, youtube adalah tingkap komunikasi untuk aktiviti menyanyi serta platform untuk berkomunikasi terus dengan peminat. Ia juga sebagai medan untuk mempromosikan album, aktiviti nyanyian dan berhibur. Sama ada selesa jadi idol atau youtuber, kedua-dua gelaran ini perlu diseimbangkan.

“Hanya saya saja ada tiktok iaitu ZLDRJS. Youtuber dan tiktoker nampak sama tapi tidak serupa. Durasi content yang membezakannya. Youtube boleh dedahkan lebih terperinci dan lama serta lebih professional. Tiktok pula sangat singkat tetapi penuh dengan variasi video. Dengan teknologi tersendiri, Tiktok memudahkan orang ramai mencipta video dengan lebih kreatif,” jelas Hoon.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse