Won Sub Bercerita Pasal Islam & Kekesalan Anda Kalau Tak Pergi Ke Korea!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sebagai penyanyi yang telah menempah nama lebih dari 10 tahun, Song Won Sub tidak menafikan sering dilontarkan soalan berkaitan kontroversi dan privasi hidup. Bagaimanapun, ia sedikit pun tidak mematah semangat Won Sub yang kini sangat popular di kalangan peminat di Rusia. Malah, dia antara yang bertuah kerana berjaya mengadakan konsert solo di sana.

Menjawab mengenai peningkatan peminat beragama Islam terhadap artis di Korea, Won Sub senyum dan tenang kerana tidak pernah membezakan peminat dari segi kaum, agama, bangsa dan negara.


“Bagi saya, masa depan seseorang artis terletak pada sokongan dan sambutan dari peminat yang sedia ada atau pun bakal peminat. Tidak kisalah Islam atau bangsa asing, segalanya bermula dengan kasih sayang dan cinta yang diberikan peminat terhadap artis.

“Artis juga manusia biasa. Bercakap tentang kontroversi artis Korea, bagi saya mungkin orang rasa kehidupan manusia hanya untuk bercinta dan putus cinta,” jelas Won Sub.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini