Won Sub Bercerita Pasal Islam & Kekesalan Anda Kalau Tak Pergi Ke Korea!

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memandangkan terlalu teruja dan semangat cintakan negara, Won Sub juga dengan senang hati mendedahkan lokasi yang dia ingin bawa peminatnya di Korea nanti. Malah, dia merasakan tempat ini lebih wajar dipergi semua pelancong asing kerana mempunyai daya tarikan yang unik.


“Sebenarnya lebih 10 tempat menarik di Korea yang saya ingin cadangkan kepada peminat saya. Pertama!! Samcheong-dong, Bukchon Hanok Village (Seoul) – disini anda boleh mencuba kostum tradisional Korea dan merasai kebudayaan korea. Orang dari Oegok juga sangat menarik untuk ke destinasi ini. Di hadapan Dongmyo (Seoul) – kalau anda ke sana pada hujung minggu, anda boleh melihat barangan antik. Di situ ramai atuk dan nenek yang berniaga dan beramah mesra dengan orang. Orang Korea sendiri pun sangat teruja ke sini.


“Kemudian, Gangwon-do- Banyak orang mungkin hanya tahu Seoul dan Busan saja. Tapi saya rasa Gangwon-do adalah tempat yang paling cantik di Korea. Gunung dan pantainya serta alam semula jadi yang sangat sebati. Di Gangwon-do juga banyak lokasi menarik seperti Sokcho, Jumunjin, Jeongdongjin dan banyak lagi.

“Terlalu banyak tempat menarik berkaitan pantai. Satu lagi tempat yang anda boleh pergi adalah Pulau Jeju. Saya yakin ramai tahu tentang Pulau Jeju kerana ia sangat terkenal sebagai tempat pelancongan. Di sini memang sangat cantik. Banyak makanan yang sedap juga tapi sedikit mahal, “ Won Sub yang senyum dan ceria berkongsi tempat ini.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini