Oppa Jambu! 10 Aktor Korea Pilihan Produser Drama Webtoon & Drama Online

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kacak dan cantik bukan menjadi pakej utama untuk bergelar hero atau heroin filem. Malah, industri perfileman Korea telah meletakkan syarat yang sangat tinggi untuk bergelar pelakon filem. Begitu juga dengan drama Korea, tidak semua bintang KPOP yang cantik dan kacak mampu menambat hati produser untuk menyunting mereka sebagai pelakon.

Kebanyakkan bintang KPOP yang terpilih sememangnya berbakat besar dan mempunyai potensi yang luar biasa. Jika anda pemerhati industri drama dan filem di Korea, ternyata nampak perbezaan ketara dari segi mutu lakonan dan ciri-ciri pelakon.

Apa sekalipun, drama bersiri online dan jalan cerita yang diambil dari siri webtoon popular telah menjadi satu trend di Korea. Oleh kerana itu, ramai bintang KPOP terpilih dan layak menambah lagi bakat mereka dari penyanyi KPOP kepada pelakon drama. Namun, proses pemilihan untuk watak-watak ini amat sukar dicari dan pihak produksi perlu membelek hampir kesemua bintang KPOP yang sedia ada.

Yang paling penting, ciri-ciri pelakon itu mesti mirip dengan imaginasi ilustrasi webtoon. Dari segi ciri pelakon untuk drama online dan webtoon ini, majoriti mereka terdiri daripada pelakon baru dan masih muda. Namun, banyak pelakon-pelakon ini dilabel sebagai pelakon online kerana sering menjadi pilihan produser webtoon dan drama online.

Jadi, tidak hairanlah ada pelakon Korea ini lebih popular di peringkat antarabangsa berbanding di Korea. Ini kerana, bakat mereka lebih ditonton oleh peminat antarabangsa secara online berbanding peminat di Korea.

Apa sekalipun, kebanyakan hero yang terpilih mempunyai ciri yang sama. Malah, banyak juga hero ini sudah lebih dua kali menjadi hero untuk drama online dan webtoon. Untuk mengenal pasti ciri-ciri tersebut, KOREA BUZZ senaraikan 10 aktor Korea yang sering jadi pilihan produser drama webtoon dan online serta menjadi siulan peminat atas talian. Siapakah yang anda suka?

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini