Untuk menjadi seorang pelakon lelaki di Korea, individu berkenaan mesti mempunyai rupa paras yang tampan dan segak seperti lelaki sejati. Malah, banyak agensi lakonan meletakkan syarat wajib menjadi pelakon di Korea mestilah berketinggian 180sm ke atas. Oleh kerana itulah, ramai pelakon lelaki di Korea tinggi dan fizikal badan berotot tidak seperti bintang K-POP lelaki yang kebanyakannya kurus dan comel.
Bagaimanapun, trend fizikal tinggi lampai ini sudah diserap masuk untuk bintang K-POP bagi menongkah arus hiburan Korea yang baru iaitu banyak bintang K-POP turut bergelar pelakon. Atas dasar itu juga, anda pasti melihat ramai bintang K-POP lelaki yang tinggi seperti galah. Malah, ada antara mereka juga bergelar model peragaan dan menerima tawaran sebagai supermodel.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita intai bintang K-POP lelaki yang tingginya seperti Menara Seoul!