2020: Istana Budaya Bakal Jadi Pentas Baru Bintang K-POP? Siapa Eh?

Dalam sejarah Istana Budaya, belum pernah ada mana-mana bintang Korea atau bintang K-POP mengadakan persembahan di sini. Malah, Istana Budaya yang menjadi pentas berprestij di Malaysia juga menjadi rebutan ramai artis ternama tempatan termasuk dari Hollywood untuk mengadakan persembahan di sini.

 

Ruang dalam Istana Budaya yang gah.

Terbaru, EH! KOREA BUZZ dimaklumkan, sempena tahun melawat Malaysia 2020, Istana Budaya bakal membuka peluang kepada bintang dari Korea untuk mengadakan persembahan di sini. Usul ini dibuat bersandarkan sambutan luar biasa pengajuran konsert K-POP di Malaysia yang mana tidak kira siapa saja artis Korea itu,  tiket jualan pasti habis dan penuh.

 

Bangunan Istana Budaya.

Namun begitu, pihak tersebut masih belum mengesahkan siapakah artis K-POP pertama yang bakal memecahkan tradisi artis K-POP mengadakan persembahan di sini. Malah, mereka membuka pihak perwakilan dari Korea untuk menentukan siapakah artis yang paling sesuai mengadakan persembahan di situ.

Mampukah projek ini membantu kempen tahun melawat Malaysia 2020?

Dalam pada itu, kedua-dua pihak ini bersetuju untuk membuka peluang orang ramai terutama sekali peminat K-POP untuk mencadangkan nama-nama artis Korea yang mereka mahu untuk memecah tradisi Istana Budaya.

Disamping itu, jika benar sejarah ini bakal dicipta, berkemungkinan besar penganjuran konsert bintang K-POP itu tidak melibatkan seorang artis saja. Mungkin ia melibatkan ramai bintang K-POP. Lebih menarik lagi, ia berkemungkinan dilakukan selama 7 hari berturut-turut tanpa henti.

Mungkinkah BTS?

Apa sekalipun, kata putus mengenai perbincangan ini masih belum bertemu kata putus lagi yang mana mereka belum mempunyai masa dan bulan yang sesuai untuk melaksanakan konsert ini. Ia berikutan, setiap tahun, jadual Istana Budaya pasti penuh dengan konsert. Namun, pihak yang bertanggungjawab sedia memberikan ruang untuk projek ini terlaksana.

Memikirkan soal artis, mungkinkah BTS bakal menjadi bintang yang pertama mengadakan konsert di sini? Ialah sebelum ini, heboh satu Malaysia BTS akan datang Malaysia pada 2020 untuk mengadakan konsert sempena kempen tahun Melawat Malaysia 2020.

 

Atau jua APINK?

Atau mungkin juga APink turut sama tersenarai dalam projek ini? EH! KOREA BUZZ merasakan tidak kira siapa artis tersenarai, pasti projek ini berjaya. Namun, sebolehnya artis yang terpilih itu bersesuaian dengan imej Istana Budaya yang gah lagi berprestij. Kalau boleh yang pernah membuatkan Malaysia terkenal di persada dunia apabila mereka menjejakkan kaki di Malaysia.

Setuju atau tidak jika EH! KOREA BUZZ cadangkan Ailee, Mamamoo, Got7, Super Junior, Red Velvet, Shinwa, ASTRO dan iKON? Apapun, moga-moga apa yang dirancang ini menjadi.

Kongsikan artikel ini