2020 Nanti A PINK Nak Datang Malaysia Lagi, Boleh Kasi Idea Tak?

Nama bintang K-POP A Pink makin hari makin bersinar. Malah, mereka kini boleh dikatakan kumpulan wanita yang sudah selesa di arena muzik K-POP. Setiap ahli A Pink yang dibarisi oleh Chorong, Bomi, Eunji, Naeun, Namjoo dan Hayoong masing-masing juga menyerlah sebagai artis individu. Terutama sekali Eunji.

Eunji.

Terkini, Namjoo pula membuka lembaran baru dalam hidupnya apabila menjadi model untuk kosmetik Pure Theory dan sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Malah, Namjoo turut difahamkan akan muncul dengan album solo tidak lama lagi. Menurut sumber, album solo tersebut sudah pun siap dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan dalam waktu terdekat.

 

Namjoo.

Menyentuh mengenai perjalanan seni A Pink, kumpulan ini bakal menampilkan album baru serta muncul dengan album sub unit tidak lama lagi. Dalam pada itu, A Pink yang sudah beberapa kali datang ke Malaysia telah menyatakan hasrat bahawa mahu sekali lagi ke Malaysia pada 2020 nanti. Terbaru, A Pink telah hadir ke Malaysia pada 11 November lalu sempena konsert lazada 11.11.

 

Naeun turut menyerlah.

Tujuan utama A Pink ke Malaysia masih belum dikenal pasti. Namun, A Pink seronok bertemu peminat Malaysia dan belum puas ronda-ronda Malaysia. Oleh itu, memandangkan A Pink sudah mengeluarkan hasrat tersebut, mereka mohon jasa baik peminat di Malaysia untuk memberikan pandangan dan idea tentang kedatangan mereka ke Malaysia nanti.

Anda boleh mengutarakan idea anda sama ada mahu A Pink mengadakan konsert, showcase atau Fans meeting serta apa jua aktiviti dengan menghantarkan emel ke haesdnbhd@gmail.com dengan tajuk A PINK IDEA.  Semoga hasrat A Pink untuk berjumpa peminat Malaysia pada 2020 nanti menjadi kenyataan. Jangan lupa nyatakan tarikh, lokasi serta sebab anda mengutarakan cadangan tersebut. Malah, A Pink juga membuka kepada sesiapa saja untuk bekerjasama dengan mereka bagi projek datang Malaysia lagi.

 

Kongsikan artikel ini