25 K-Drama Remake Yang Lebih Hits & Suspen Dari Versi Ori Bikin Ramai Ketagih!

Sudah menjadi kebiasaan bagi peminat drama Korea untuk menonton naskah terbaru dari Korea secara online diwaktu lapang. Ada juga yang menggunakan masa rehat di pejabat untuk menonton drama tersebut memandangkan jalur lebar di pejabat lebih laju dan lancar. Sudah tentu, fanatik drama Korea ini mempunyai pilihan dan cara tersendiri untuk menonton drama tersebut sama hari dengan tayangan sebenar di saluran TV Korea.

Lee Min Ho (kanan) dan Park Seo Joon adalah hero yang banyak berlakon dalam drama adaptasi

Sempena PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang mensyaratkan rakyat untuk duduk di rumah, kelompok penonton yang menonton K- Drama (Korean Drama) secara online semakin meningkat. Malah, peminat K-Drama yang sebelum ini lebih cenderung kepada kaum hawa sudah menyaksikan peningkatan yang tinggi apabila ramai kaum adam terutama sekali sang suami turut sama terpengaruh menonton K-Drama bersama isteri dan keluarga.

Pelakon utama The World Of Married 2020 makin dibenci kerana keberkesanan wataknya.

Bagaimanapun, ramai yang kurang tahu bahawa banyak K-Drama tatkala ini menggunakan konsep remake. Jika di Malaysia banyak produser menerbitkan drama berdasarkan kisah novel yang hits dan popular, produser di Korea pula lebih gemar memilih untuk membuat remake drama berdasarkan cerita yang popular di kaca TV negara lain terutama sekali Amerika Syarikat. Lebih menarik lagi, banyak juga yang bikin drama berdasarkan siri webtoon yang popular dari Jepun, China dan Korea sendiri.

Memandangkan PKP masih belum tahu tempoh tamatnya lagi, KOREA BUZZ senaraikan 10 remake K-Drama yang boleh anda tonton sepanjang musim PKP. Apa yang pasti, drama-drama ini diiktiraf jauh lebih bagus dan mesejnya lebih bermora berbanding cerita yang asli. Ada juga drama-drama ini bukan saja hits di Korea tetapi turut sama popular di rantau Asia.

4 of 25
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Suspicous Housekeeper

Kehebatan drama korea ini sukar untuk menandingi versi asal dari Jepun. Mengisahkan seorang pembantu rumah yang misteri datang bekerja untuk keluarga lain selepas kematian ibunya. Pada mulanya dia membantu keluarga tersebut selain memberitahu dirinya yang sebenarnya. Drama asal lebih fokus kepada keluarga bagaimanapun versi korea banyak berubah dan lebih seronok untuk ditonton. Tarikan utama drama versi ini ialah lakonan yang bersahaja dan menghiburkan dari pelakon cilik.

4 of 25
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini