3 Idola Mohon Maaf, Tahniah Pemenang Salam Raya K-Star & Oppa Raya House

Pertandingan ucapan raya yang diberi nama Salam Raya K-Star mendapat sambutan hangat apabila lebih dari 100 penyertaan diterima Korea Buzz. Menariknya, platform yang melibatkan figura popular Korea iaitu Sam Carter, Zica & Yul JJCC, Dad Kim, Yong dan Hee Jun turut mendapat penyertaan dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menerusi  pertandingan ini , 6 pemenang telah dipilih yang mana setiap seorang artis akan membacakan ucapan raya dalam bentuk rakaman video. Malah, pemenang tersebut turut menerima hadiah dari Korea berupa Kosmetik dan produk kecantikan dari Pure Theory dan BLINGPOP.

Bagaimanapun, 3 pemenang yang memilih Zica, Yul dan Yong hanya akan menerima hadiah tanpa ucapan raya dibaca oleh bintang tersebut. Kesilapan teknikal ini terjadi apabila ketiga-tiga individu ini terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana mempunyai masalah dengan pihak pengurusan. Oleh kerana itu, mereka bertiga memohon maaf walaupun pada peringkat awal merekalah individu yang paling teruja dengan Salam Raya K-Star.

Video ucapan raya dipersembahkan K-Star

Disamping itu, Korea Buzz melahirkan rasa gembira dan tahniah buat pemenang penonton Oppa Raya House yang melibatkan Sam Carter, Soohan, Hyunmin-A, Jacob Choi dan Keyin pada raya keempat. Program ini di tayangkan secara langsung di facebook Korea Buzz. Bagaimanapun, beberapa pemenang masih belum memberi maklumat lanjut untuk pihak Korea Buzz mengirimkan hadiah tersebut.

Di harap semua pemenang boleh menghubungi pihak pengurusan Korea Buzz di facebook atau Instagram rasmi Korea Buzz. Berikut adalah senarai nama pemenang untuk kedua-dua pertandingan yang dijalankan.  

Pemenang Salam Raya K-Star


Sam Carter: Nurul Liyana
Daud Kim: Nur Maisarah Aliah
Hee Jun: Nur Ain Hazwani
Zica: Nur Zalika Fasha
Yul: Farah Aqilah
Yong: Nur Farah Amylia

Pemenang Oppa Raya House

Sam Carter: Sheeren Nadira
Hyunmin-A: Syera Kamaruzaman
Jacob Choi: Sisca Andrian
Keyin: Nurul Liyana Zaaba
Soohan: Ming Shwen Ng

Kongsikan artikel ini