Pernah Debab 10kg, Duda Ahn Jae Hyun Kejutkan Peminat Dengan Potongan Badan Seperti Remaja

Aktor kacak berstatus duda kembali dari mengemaskini laman sosial miliknya dengan potongan badan lebih kurus dan langsing seperti remaja sekolah. Ahn Jae Hyun yang mengambil rehat seketika selepas terlibat dengan program MBC Januari lalu telah mendorong banyak mata peminat terutama sekali wanita tidak berkelip. Dalam masa yang sama, ramai cemburu dengan penampilannya yang jauh berbeza seperti orang lain.  

Sewaktu menyertai program MBC, aktor tinggi lampai ini telah menjadi bahan bualan netizen apabila dia menjadi debab dengan penambahan berat badan sebanyak 10kg. Menyedari keadaan tersebut, Jae Hyun terus mulakan senaman dan menjaga kesihatan diri serta fizikal.


Difahamkan, dia telah bersenam dua kali sehari. Penampilan terbaru juga dikatakan adalah persediaan terbaru dia untuk kembali menjadi hero sebuah drama Korea.

Jejaka ini juga pernah kontroversi kisah rumahtangganya yang gagal. Dia yang lahir pada 1987 dipuji dan penampilannya sama seperti di awal kemunculannya sebagai model.

Ramai peminat memuji dan gembira Ahn Jae Hyun telah kembali aktif mengemaskini foto dan status terbaru dilaman instagram.

Kongsikan artikel ini