Lancar Lagu Raya, D’Handsome Dapat Sentuhan Macam Hanbyul!

Ramai keliru dan tertanya-tanya sebaik saja Korea Buzz menghebahkan perihal kumpulan D’Handsome, baru-baru ini. Apatah lagi, artikel tersebut memberitahu bahawa seorang jejaka Korea merupakan ahli D’Handsome.

Jang Min Ho

Ada juga yang menyangka D’Handsome adalah kumpulan baru yang bakal mewarnai arena seni muzik tempatan dengan menambahkan lagi seri kumpulan M-POP yang kini rancak menghiburkan peminat muzik Malaysia seperti Dolla, OVA, Unknown, Gadys dan banyak lagi. Ada juga yang kata, D’Handsome ini adalah K-POP.

Alan Chua

Ternyata, semuanya tidaklah seperti yang dibahaskan. D’Handsome merupakan model, pelakon dan bakat baru dibawa naungan HAE yang sebelum ini pernah menyemarakkan nama Hanbyul di Malaysia dalam program Big Stage.

Justin Ho Bakal Mewakili Malaysia Mei Depan.

D’Handsome dianggotai 6 jejaka kacak iaitu Jang Minho dari Korea, Justin Ho, Jutty dan Alan yang berbangsa Cina, Jeeks berbangsa orang asli dan Shieq berwajah kacukan Melayu. 5 daripada mereka adalah TOP 5 Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 yang mana Justin Ho bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa pada penghujung Mei depan.

Jeeks berbangsa Orang Asli.

Manakala Minho merupakan jejaka Korea yang fasih berbahasa Melayu dan sedang giat mewarnai dunia lakonan Malaysia serta pernah berlakon bersama Hanbyul dalam drama Lectureku Oppa. Penglibatan mereka diketahui apabila MYS Studio memaklumkan gandingan mereka bersama Hyunmin-A dalam sebuah lagu raya baru berjudul Joget Seloka Raya di laman Instagram.

Justin Choo kini mahu dikenali dengan nama Jutty.

Malah, sedikit sedutan lagu juga telah disiarkan di saluran youtube MYS Studio. Difahamkan, muzik video lagu berkenaan bakal dilancarkan pada 27 April dan juga boleh didengari di semua aplikasi digital pada tarikh yang sama. MYS Studio adalah produksi yang bertanggungjawab sepenuhnya menerbitkan MV Joget Seloka Raya.

Dulu Sheik kini Shieq

Bagaimanakah suara model-model ini bernyanyi? Jawapannya hanya boleh diketahui pada 27 April ini. Diharap, MV berkenaan tidaklah kontroversi seperti MV Dato Aliff Syukri yang terpaksa dirakam semula gara-gara di kecam hebat netizen.

Apa yang pasti, D’Handsome nampak segak dan bergaya dengan baju tradisional teluk belanga hasil rekaan dan tatarias oleh Izzue Malique. Setuju ke idok?

Kongsikan artikel ini