Jika disebut Selebriti wanita Korea yang cantik, mereka sering dikaitkan dengan pembedahan plastik. Padahal, kebanyakan mereka difahamkan mempunyai kecantikan semula jadi. Tidak menghairankan tuduhan tersebut, netizen lebih terkejut apabila ramai artis wanita Korea terutama sekali bintang KPOP mempunyai saiz pinggang kecil seperti budak perempuan walaupun umur sudah 20 tahun ke atas.
Malah, ada juga saiz pinggang yang dimiliki mereka dikhabarkan seperti penipuan dan hanya boleh dimiliki oleh patung atau Barbie Doll. Apa yang pasti, berikut adalah 15 selebriti wanita Korea yang popular kerana pinggang yang ramping dan kecil serta dicemburui ramai peminat. Dalam erti kata lain, sebenarnya masih lagi ramai artis wanita yang mempunyai saiz pinggang kecil tetapi saiz sebenar dirahsiakan.