Use your ← → (arrow) keys to browse
10. Ramai menyangka, artis popular Korea menjadi kaya selepas menerima pelbagai undangan dan kemunculan dalam program TV. Hakikatnya, ramai diantara mereka hanya menerima tidak sampai 10% wang dari hasil titik peluh mereka. Ada juga yang masih ditanggung keluarga kerana tidak menerima wang bayaran yang biasanya memakan masa yang lama. Walaupun ada yang terpaksa terputus hubungan dengan keluarga, mereka ada kala seperti pengemis dan berkongsi makanan. Ada juga yang terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa dengan bersempit. Atas kerana itu, tidak hairanlah artis Korea banyak yang sudah biasa tinggal di ruang yang sempit dan gembira jika diberikan katil yang besar dan mewah.