Mengikuti syarat wajib menjadi hero drama dan filem di Korea semestinya mempunyai tubuh maskulin dan tinggi lampai. Oleh kerana itulah, hampir kesemua hero Korea berbadan mantap dan ketinggian melebihi 180 sentimeter. Bagaimana pula dengan wanita? Adakah syaratnya juga sama?
Apa yang pasti, kebanyakan aktres Korea mempunyai susuk tubuh yang comel tetapi wajah menawan. Pun begitu, ramai juga aktres Korea masa kini mempunyai ketinggian persis model antarabangsa. Atas dasar itu, hanya segelintir hero saja yang boleh berpasangan dengan mereka.
Majoriti aktres Korea yang tinggi turut bergelar model profesional. Ada di antara mereka bakatnya mula digilap menerusi bidang peragaan. Istimewa untuk anda, KOREA BUZZ senaraikan 10 artis wanita Korea yang paling tinggi melebihi 170 sentimeter. Adakah mereka artis pujaan anda?