B1A4 Kembali Ke Malaysia, Fans Jangan Ulang Kontroversi Peluk Cium!

Pada 5 Ogos ini (Esok), bintang K-POP B1A4 yang pernah mengundang kemarahan dan protes dari sebilangan rakyat Malaysia dilaporkan bakal munculkan diri sekali lagi ke Kuala Lumpur.

 

Ahli B1A4 sangat aktif bukan saja sebagai penyanyi tetapi komposer dan pelakon.

 

Kali ini, B1A4 yang dibarisi oleh Jinyoung, Baro, Sandeul, CNU dan Gongchan tidak hadir ke Kuala Lumpur atas urusan konsert solo. Sebaliknya, bintang K-POP ini bakal menyerang Sunway Lagoon bersama 5 bintang K-POP yang lain iaitu Highlight, A Pink, BTOB, Victon dan TeenTop.

 

Ramai peminat berebut peluang untuk hadiri konsert ini.

 

Kedatangan barisan bintang K-POP ternama ini bersempena K-Wave Music Festival yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon bermula jam 8 malam.

 

Foto B1A4 yang dirakamkan sewaktu berlakunya kontroversi pada 2015.

 

Dalam menanti kedatangan bintang-bintang ini, segelintir peminat tegar K-POP risau dan tidak mahu peristiwa yang melibatkan B1A4 pada awal 2015 ulang kembali. Atas dasar itu, peminat K-POP dinasihati untuk saling mengingati peristiwa berkenaan.

 

GOT7 terkena tempias kontroversi B1A4.

 

Apa yang pasti, rentetan peristiwa hitam itu, ramai bintang K-POP terkesan dan sedikit fobia untuk bertandang menghiburkan peminat di Malaysia. Contohnya, sebaik saja kontroversi berkenaan meletus, bintang K-POP Got 7 terpaksa bersalaman dengan peminat di Malaysia menggunakan sarung tangan tatkala mengadakan konsert.

 

3 hero popular akan muncul di Kuala Lumpur sempena promosi filem ini.

 

Bagaimanapun, baik peminat dan penganjur, di harap berhati-hati dan mengawal keadaan dengan baik sekali. Selepas anjuran K-Wave Music Festival ini, Malaysia terus diserang bintang ternama Korea untuk mengadakan konsert di Malaysia. Antara barisan bintang ternama Korea yang bakal singgah ke Malaysia ialah Song Joong Ki, So Ji Sub, Hwang Jung Min, G-Dragon, Garry (Running Man), Jessica, Zuk, BIG, Seung Ri Big Bang dan ramai lagi.

 

Kongsikan artikel ini