Hati-hati ! Budak Lelaki Ini Dah Pukau Ramai Orang Secara Online Kalah Neelofa

Foto budak lelaki ini semakin tular dilaman sosial. Bermula dari Korea sehingga di serata dunia, foto budak lelaki yang mempunyai pelbagai versi ini telah memukau ramai wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

Foto yang mempunyai pelbagai versi ini mengundang banyak pertanyaan sehingga menggelarkan budak lelaki ini antara manusia yang sempurna penciptaannya. Malah, pada awalnya jantina budak ini diragui kerana wajahnya yang comel dan cantik.



Bagaimanapun, punca foto budak lelaki ini menjadi tular kerana ia adalah foto aktor Korea yang digelarkan patung lelaki Korea yang sempurna iaitu Cha Eun Woo. Pada mulanya, ramai yang bingung kerana foto budak lelaki itu ditulis dengan nama Lee Dong Min.

Memang benar budak tersebut bernama Lee Dong Min tetapi setelah dewasa dan bergelar selebriti di Korea, dia lebih dikenali dengan nama Cha Eun Woo. Dari tularnya foto-foto ini terjawablah bahawa Eun Woo yang digelar ikon metroseksual di Korea memiliki wajah yang menawan sejak dari lahir lagi.



Malah, sejak kecil lagi dia telah menunjukkan bakat dalam bidang hiburan. Untuk mengetahui gelaran yang diberikan orang Korea terhadap pelakon utama True Beauty ini, anda boleh baca di sini.




Kongsikan artikel ini