Bekas ahli kumpulan SPEED, Taeha atau kini lebih dikenali dengan nama IONE yang bakal mengeluarkan album solonya pada Disember 2018 atau selewat-selewatnya pada Januari 2019 berminat untuk berkunjung ke Malaysia.
Gaya tersendiri Ione.
Sejak kumpulan SPEED berkubur, IONE yang berketinggian 176cm dan berusia 26 tahun ini terus mengorak langkah baru dengan menjadi penyanyi solo. Lagu solo pertamanya yang berjudul Back telah dilancarkan pada 24 Jun 2016 dibawah syarikatnya sendiri iaitu IONE RECORDS.
Penampilan pertama Ione selepas SPEED dibubarkan.
Walaupun sebelum ini lebih dikenali sebagai bintang K-POP, IONE merubah stail muziknya dari K-POP kepada R&B dan Soul. Selepas Back, IONE muncul pula dengan lagu berjudul Treasure pada 2 Disember 2016. Selepas 2 tahun, IONE kembali dengan lagu I Don’t Love You pada 28 Februari 2018. IONE juga pernah menjadi produser muzik untuk program TV di MBC dan OCN yang melibatkan rappers dan selebriti terkenal Korea iaitu Din Din.
Terus mencipta nama sebagai penyanyi.
Dalam menanti album barunya itu, IONE yang menghubungi Hyunmin-A berkata sangat berminat untuk meluaskan karyanya di Malaysia memandangkan dia tahu ramai peminat K-POP di Malaysia. Apatah lagi, dia tahu SPEED juga mempunyai ramai peminat di Malaysia tetapi kumpulan tersebut belum berkesempatan ke Malaysia sewaktu mereka masih lagi aktif.
Dua penampilan berbeza Ione.
Selain itu, dia turut berhasrat agar warga Malaysia dapat menerima muziknya itu. Malah, dia juga teringin kenali lebih dekat peminat muzik K-POP atau Korea di Malaysia. Sebelum ini, menerusi kumpulan SPEED, dia sudah acapkali berkunjung ke Indonesia. Namun, dia dapat rasa budaya Malaysia lebih menarik memandangkan dia sudah lama berkenalan dengan Hyunmin-A.