LIVE FB Bersama Taeyang, Jacob Choi Samakan Lagu Raya Seperti Trot Korea!

Kemunculan penyanyi Jacob Choi dalam program Oppa Raya House pada awalnya menjadi tanda tanya kerana ramai masih belum kenal penyanyi ini. Namun, Jacob mampu membuatkan penonton terpesona apabila mampu mendendangkan lagu raya nyanyian asal Mamat Exist iaitu Kupohon restu ayah Bonda dengan baik sekali.

Walaupun pertama kali mendendangkan lagu dalam Bahasa Melayu, cubaan Jacob mendapat pujian penonton sehingga ada mengatakan sama seperti nyanyian dari orang Melayu.

Menariknya, Jacob turut mendapat perhatian apabila membawa bersama Taeyang iaitu anjing belaan yang baru saja menjadi pasangannya seminggu lalu di Jeju Island sewaktu program berlangsung. Lebih menarik, Jacob membuat lintas langsung dari Pulau Jeju tidak seperti  Sam Carter dan Soohan yang membuat persembahan dari Seoul, Korea.

Mengulas mengenai lagu raya yang didengar dan dinyanyikan, Jacob jatuh cinta dengan muzik lagu Raya. Malah, dia mengatakan muzik lagu-lagu raya ada persamaan dengan muzik Trot Korea. Istimewa, Jacob turut sing along lagu raya yang dinyanyikan Sam Carter dan Hyunmin-A.

Untuk menyaksikan momen dan persembahan dari Jacob, anda boleh menonton siaran ulangan Oppa Raya House di facebook Korea Buzz atau saluran youtube Korea Buzz. Selamat menonton.  

#OPPARAYAHOUSE

Kongsikan artikel ini