Sedihnya…Benji Tinggalkan Penyanyi Kacak, Hwanhee Buat Selamanya!

Penyanyi kacak Korea, Hwanhee mengumumkan berita sedih apabila kekasih hatinya, Benji telah pergi meninggalkan dia buat selamanya. Berita sedih ini diumumkan Hwanhee di laman Instagram penyanyi ini pada 29 Mac 2021.

Foto tersebut tertera anjing kesayangan Hwanhee bernama Benji yang berehat di rumah. Malah, satu lagi gambar pula adalah gambar pengebumian Benji dengan hiasan pelangi.

Hwanhee menulis, inilah tempat dimana kamu tidak akan sakit lagi dan gembira. Terima kasih dari seluruh hati saya buat tersayang Benji.

Melihat keadaan sedih Hwanhee, peminat meninggalkan komen yang membutakan mereka selesa. Malah, ada peminat mengatakan Benji semestinya gembira kerana bertemu keluarga seperti kamu.


Sementara itu, Hwanhee sebelum ini ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk pada Mac 2020. Kemudian, dia telah melancarkan sebuah lagu baru berjudul Season I Loved You pada November 2021 dan kini sudah lapan bulan kembali aktif sebagai penyanyi.

Kongsikan artikel ini