Kekasih Pelawak Lee Se Young Buktikan Tak Semua Lelaki Suka Payudara Besar ! 

Teman lelaki Lee Se Young menunjukkan reaksi mengejutkan apabila pelawak ini mengusik teman lelaki bahawa dia menjalani pembedahan pembesaran payudara.

Pada 27 Februari, Lee Se Young telah menyiarkan video dia menjalankan kamera tersembunyi kepada teman lelakinya asal Jepun di saluran Youtube, Youngpyeong TV.

“Saya akan mencuba kamera tersembunyi kepada teman lelaki saya dengan mengatakan saya mempunyai pembedahan payudara. Ia bukan dada sebenar saya, ia palsu. Ia hanyalah pakaian seperti wanita yang menyerupai payudara besar,” katanya.


Selepas teman lelakinya pulang dan masuk ke rumah, pelawak ini telah membuat pengakuan yang mengejutkan kekasihnya. Sambil itu, dia telah mula merakamkannya dengan kamera litar tersembunyi. Malah, dia meminta kekasihnya untuk menutup mata.

“Saya ada pengakuan untuk dibuat. Awak jangan marah,” katanya.

Sebaik saja matanya dibuka, mulut kekasihnya terbuka luas ke arah payudara palsu. Dalam pada itu, dia tidak percaya bahawa pelawak ini buat pembedahan di bahagian payudara.

“Ia terlalu besar. Apa yang terjadi. Saiznya macam tidak kena. Saiz sama besar macam saiz muka saya,” kata kekasihnya.

Dalam pada itu, Lee Se Young mengaku bahawa pakaian tersebut nampak seperti betul dan ia menyakitkan dirinya yang memakai baju tersebut.

Menerusi pertanyaan, pelawak tersebut menjelaskan saiz payudara untuk baju tersebut adalah Z-Cup.

“Z-Cup? Bukankah itu saiz untuk seekor lembu? Ia memang nampak seksi dan cantik tetapi macam ada yang tak kena. Ia seperti saiz punggung.

“Sekarang ini nampak seperti sebiji tembikai. Saiz original awak lebih menarik dan yang palsu ini,” kata teman lelakinya.

Pada penghujung video berkenaan, Lee Se Young turut berkata saiz tersebut membuatkan dirinya tidak boleh bernafas. Video tersebut menimbulkan reaksi pelbagai dari netizen sehingga mengatakan baju tersebut seperti original.

Kongsikan artikel ini