Big Bang Kembali Selepas 4 Tahun Sepi Tapi TOP Bukan Lagi Milik YG!

Selepas empat tahun menyepi diri dari sebarang aktiviti hiburan, kumpulan KPOP terkenal iaitu Big Bang akan kembali. Pengurusan mereka iaitu YG Entertainment telah mengesahkan perkara tersebut pada 7 Februari 2022 dengan mengatakan bahawa mereka akan lancarkan sebuah lagu baru pada musim spring ini.

Bagaimanapun, tarikh masih belum muktamad lagi. Comeback tersebut melibatkan empat ahli iaitu G-Dragon, TOP, Daesung dan Taeyang.

“Mereka baru saja selesai rakam lagu baru dan dalam proses menjalani penggambaran muzik video untuk lagu berkenaan,” kata wakil YG.

Selama empat tahun menyepi, setiap ahli bergilir-gilir menjalani latihan khidmat negara. Sementara itu, TOP turut mengumumkan bahawa dia tidak lagi menandatangani kontrak eksklusif bersama YG.

Sebagai artis dan juga usahawan, dia menempuhi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, Big Bang akan kembali dengan aktiviti selepas menyepi dan debut pada 2006.

“Kami hormati keputusan TOP. Kami mahu mengembangkan lagi sayap bukan saja untuk Big Bang tetapi juga semua area aktiviti personal mereka. Perbincangan berjalan dengan baik dan dia masih lagi bersama Big Bang,” katanya lagi.

Kongsikan artikel ini