Bobby iKON umum Kahwin, Bakal Isteri Dijangka Melahirkan Anak September ini!

Rapper terkenal Korea, Kim Ji Won (26) atau Bobby melakukan kejutan dengan mengumumkan bahawa dia bakal bergelar suami tidak lama lagi. Lebih mengejutkan, bakal isterinya itu sudah mengandung dan akan melahirkan pada bulan depan.

Pengumumkan tersebut dilaksanakan Bobby menerusi laman instagram peribadinya dengan meninggalkan surat.

“Saya ada cerita yang mahu katakan pada anda, jadi saya menulis surat ini selepas berfikir panjang. Saya sudah pun berjanji akan berkahwin dengan orang yang saya cintai. Saya juga gembira akan mempunyai ahli keluarga baru pada September ini. Tapi saya memohon maaf kerana ini mungkin satu perkara yang memalukan peminat,” katanya.

“Saya berasa amat bertanggungjawab kerana saya seperti telah meletakkan beban kepada orang yang selama ini telah menyokong saya. Saya minta maaf sepenuh hati kepada yang telah sakit hati dan tersinggung serta bingung.

“Saya akan jadi orang yang tidak mahu memalukan ahli iKON, peminat dan kedua ibu bapa saya. Saya akan cuba jadi insan yang terbaik demi peminat dan ahli iKON,” pengakuan Bobby menerusi surat itu.

Bobby iKON

Berikut adalah surat penuh tulisan Bobby sendiri:



Hello, I’m Bobby of iKON. I have something to tell you today, so I’m writing after a lot of thought.

I promised to marry someone I love.

And I become a father in September.

I am happy to have a new family, but I feel more sorry for the fans who will be embarrassed by my sudden news.

I should have told you sooner, but I’m sorry for the delay because I was worried about this.

To all the people who have always helped and supported me with all their heart and soul, I feel a heavy responsibility because I feel like I’m putting a burden on you.

I apologize with all my heart to those who are hurt or greatly confused by my story.

You’ve made me a man of need in the world.

iKON members, fans, I will be a person who is not ashamed of my parents.

More than anything, I’d like to thank our fans and members for waiting for iKON’s activities.

I will try my best even more.

Kongsikan artikel ini