Sensasi! Wanita Korea Ulas BTS Tak Layak Wakili Kekacakan Sebenar Lelaki Korea Tetapi…

Forum Clubhouse semakin rancak diperkatakan. Ramai selebriti Korea telah mula menggunakan platform tersebut sebagai platform untuk berinteraksi dengan peminat selain mencari idea baru untuk naskah terbaru.

Selain selebriti, masyarakat Korea terutama sekali golongan muda lingkungan 17 hingga 50 tahun telah ramai menggunakan platform ini untuk meluaskan network dan hubungan ke peringkat antarabangsa.



Terbaru, komuniti yang mewakili bangsa Korea yang boleh berbahasa Inggeris dan diserta bangsa asing yang boleh berbahasa Korea telah membahaskan topik berkaitan bintang Kpop dunia iaitu BTS.

Persoalan yang dibangkitkan adakah ahli BTS yang dianggotai oleh tujuh anak muda iaitu V atau Taehyung, Jimin, Jin, J Hope, RM, Suga dan Jungkook boleh mewakili kekacakan sebenar lelaki Korea. Ternyata jawapan yang diberikan majoriti wanita Korea tersebut amat mengejutkan.

Jungkook pernah jadi lelaki paling kacak didunia.



Salah seorang wanita yang berkelulusan pengarahan filem telah mengatakan tiada seorang pun yang boleh mewakili kekacakan sebenar lelaki Korea. Malah, wanita tersebut turut menyatakan ada lagi selebriti Korea yang jauh lebih kacak dan boleh mewakili lelaki Korea. Pun begitu, bagi dirinya, kemungkinan besar Jimin antara yang boleh mewakilinya tetapi ia lebih kepada pesona Jimin yang lengkap dan pandai menari.

Peminat barat sanggup bedah muka sama seperti Jimin.


Disamping itu, ada juga wanita dan lelaki Korea turut memberitahu bahawa BTS tidaklah segah seperti di peringkat antarabangsa di Korea. Mereka tidaklah terlalu digilakan wanita Korea. Malah, ada yang membandingkan bahawa soalan ini lebih sesuai kepada ahli 2PM yang cukup sempurna boleh mewakili kekacakan sebenar lelaki Korea.

Jin digelar Wordwide Handsome

Isu ini tambah hangat walaupun ada yang mengatakan dua ahli BTS pernah menjadi lelaki paling kacak di dunia dan seorang lagi digelar wordwide handsome. Mereka menolak gelaran tersebut dan ia lebih kepada pilihan peminat luar negara berbanding peminat tempatan.

Apa sekalipun, majoriti ahli panel yang terbaik dalam forum tersebut sebulat suara bahawa BTS mempunyai kekacakan sendiri yang mampu menawan ramai wanita dan lelaki di seluruh dunia. Ia turut dipersetujui ramai lelaki Korea yang menyertai perdebatan tersebut.

Penyandang lelaki paling kacak di Dunia V BTS untuk dua kali.



Mungkin apa yang dibahaskan mereka mendapat kritikan besar peminat BTS bergelar ARMY. Bagaimanapun, inilah hakikat sebenar yang berlaku di Korea yang mana ramai lagi jauh lebih popular dan kacak.

Kongsikan artikel ini