BTS Di Usia 60 Tahun! Siapa Masih Hot Walaupun Bergelar Warga Emas?

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saban hari, 7 anak muda dari Korea yang menggelar diri mereka BTS mencipta rekod baru. Malah, kumpulan yang dibarisi Jin, Jimin, J-Hope, RM, Suga, V dan Jungkook terus menakluk dunia bukan saja dari bakat luar biasa tetapi dengan penampilan dan susuk tubuh menawan.

Jadi tidak hairanlah, ramai bangsa antarabangsa memasang pelbagai niat tidak kiralah sebagai pasangan hidup atau sebagainya. Namun, BTS berjaya bukan kerana apa yang mereka miliki semata-mata. Tulang belakang BTS yang bergelar ARMY menjadi kekuatan mereka selama ini.

Tanpa Army, Jin tidak akan bergelar World Wide Handsome. Manakala V dan Jungkook tidak akan merangkul gelaran paling kacak di dunia. Kesetiaan Army yang tidak berbelah bagi ini mengundang pelbagai tohmahan dan cercaan apabila ada juga golongan yang terlalu obses membangkitkan kontroversi melibatkan BTS.

Wajah terkini BTS.

Apa sekalipun, setiap individu dalam BTS mempunyai keunikan dan daya tarikan sendiri. Tidak dapat dinafikan, mereka juga mempunyai paras rupa yang menawan serta susuk tubuh menarik.

Sekarang ini, semua ahli BTS masih lagi muda dan berusia kurang daripada 30 tahun. Pelbagai imaginasi dibuat terhadap mereka termasuklah bagaimana rupa paras BTS selepas mencecah 60 tahun ke atas. Adakah Army terus menyayangi mereka walaupun bergelar warga emas?

Ikuti foto ahli BTS yang dijangka akan berupa sebegini selepas menjadi atuk. Adakah anak cucu mereka mewarisi kekacakan mereka. Jom lihat siapa yang kekal hot seperti sekarang ini?

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini