Bujang Terlajak Running Man, Kim Jong Kook Tayang Badan & Cerita Soal Isteri

Siapakah wanita yang bakal menawan hati bintang Running Man, Kim Jong Kook masih lagi menjadi persoalan. Bagaimanapun, Jong Kook yang kini sudah pun berusia 44 tahun tidak pernah putus di asak soal perkahwinan dan cinta.

Terbaru, Jong Kook yang turut bergelar penyanyi dan menjadi ikon lelaki seksi kerana susuh tubuhnya ynag menggoda telah berkongsi harapan tentang dirinya nanti apabila telah sah memasuki alam perkahwinan sekaligus bergelar suami.

Perkongsian ini telah diluahkan Jung Kook dalam program My Ugly Duckling di SBS TV.  Pengakuan tersebut telah diluah dihadapan sahabat baiknya iaitu Ji Suk Jin, Yang Se Chan dan Hwang Jae Sung sewaktu mereka mengunjung restoran ibu kepada Tony Ahn.

Sewaktu topik perkahwinan dibangkitkan, Jung Kook telah berkata….


“Saya rasa isteri lebih penting dari anak-anak. Saya mahu jadi suami yang betul-betul setia kepada isteri,” katanya.


Untuk ketahui lanjut respon Jung Kook terhadap alam perkahwinan, anda boleh menonton program ini yang disiarkan di Viki dan mempunyai sari kata dalam Bahasa English. Yang pasti, Jung Kook yang dilabel bujang terlajak turut bertanya soalan merapu apabila rakan-rakan yang telah berkahwin cerita pengalaman perkahwinan. Serius lawak bae!

Sementara itu, Jong Kook juga dengan beraninya telah membuka baju dan menayangkan badannya yang kekar dalam program yang sama. Sudah tentu, rakan-rakan teruja melihat badan Jung Kook yang dikategorikan menggoda dan mengiurkan bukan saja untuk wanita tetapi lelaki.

Kongsikan artikel ini