Pada awal April lalu, kumpulan KPOP Only One Of mendapat perhatian ramai menerusi lagu terbaru mereka berjudul Libido. Menerusi lagu tersebut, ramai terkejut dan terkesima bukan saja tajuk lagunya yang berunsurkan seks, sebaliknya tarian yang ditampilkan juga begitu mengghairahkan.
Imej mereka untuk Libido juga berbeza dari konsep remaja kepada lelaki seksi. Banyak foto terbaru mereka berpakaian seksi dan menayangkan susuk tubuh mengghairahkan. Masih belum reda dengan isu tersebut, minggu ini kumpulan ini kembali menjadi sebutan menerusi program muzik langsung di Korea.
Persembahan akhir mereka tular apabila salah seorang dari ahli mereka cium pipi salah seorang ahli. Difahamkan, ciuman tersebut seperti disengajakan dan bukanlah salah satu dari koreografi.
Ternyata, ahli yang menerima ciuman itu terkejut dan ahli yang lain hanya mampu tertawa dan tersenyum lebar. Adegan ini mengejutkan ramai dan ada juga mengundang perasan cemburu. Bagaimanapun, ramai menganggap ia tidak wajar dilakukan dalam program siaran langsung.
Apatah lagi, ia membabitkan ciuman antara lelaki dengan lelaki. Lebih teruk lagi, mereka ini menari ghairah sesama lelaki dan ia ibarat menyokong serta mendorong orang ramai melakukan cinta sejenis. Adakah mereka tidak sensitif tentang hal ini?
Apa sekalipun, ada juga menganggap ia sebagai jenaka dana da juga memikirkan ia sebagai peluru untuk pemasaran supaya nama mereka kekal popular. Tidak hairanlah popular kerana negatif atau pun positif. Yang penting popular kata segelintir warganet.