Dakwaan Dibuli Nabil Dalam GV4 Tular, Artis Korea Membela Perjuangan Hazami

Peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Hazami menjadi tular bersama pengacara program berkenaan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Musa selepas netizen mendakwa tidak puas terhadap Nabil yang telah membuat gangguan seksual di pentas dengan memegang telinga penyanyi yang popular dengan lagu Sonata Musim Salju.

 

 

Malah, isu berkenaan bertambah hangat apabila Dato’ Chef Wan turut menegur kelakuan Nabil dan Jihan. Bagaimanapun, Hazami yang mendapat tiga tangga teratas pada minggu pertama GV4 selepas mendendangkan lagu Mungkir Bahagia tidak mengambil rungsing atas isu berkenaan. Malah, Hazami yang disahkan menjadi komposer dan produser untuk artis dari Korea meluahkan rasa bahawa tuduhan dia dikhabarkan sudah meninggal dunia tahun lalu lebih perit dari isu yang sedang tular ini.

 

 

Disamping itu, penyertaan Hazami dalam GV4 telah mendapat perhatian ramai sehingga ada suara menyatakan bahawa Hazami salah seorang peserta yang layak ke pentas akhir bersandarkan persembahan dan komen bernas dari juri tetap GV4 dari Indonesia iaitu Hetty Koes Endang. Lebih menarik lagi, EH!KOREA BUZZ mendapat makluman hastag yang digunakan iaitu #TEAMHAZAMI untuk menyokong guru vokal ini sudah berkembang menjadi #TEAMHAZAMIKOREA apabila ada sebilangan artis K-POP dan beberapa peminat Korea turut menyokong perjuangannya dalam GV4.

 

 

Tambah istimewa lagi, Hazami menyatakan rasa terkejut di laman instagramnya iaitu Hazamiofficial dengan berkongsi video ucapan dari artis Korea dan peminatnya dari Korea. Selain Korea, peserta Asian Got Talent yang berasal dari Singapura juga telah menunjukkan sokongan terhadap Hazami dalam GV4. Apapun, syabas dan tahniah buat Hazami dari EH!KOREA BUZZ kerana berjaya menarik minat peminat dari luar negara berikutan penglibatannya dalam GV4. Mungkin jua Hazami satu-satunya peserta GV4 yang mendapat sokongan dari luar negara. Adakah ini petanda Hazami bakal bergabung dengan artis Korea jikalau dia terus mara ke peringkat seterusnya dalam GV4?

 

Hazami turut melancarkan icon rasmi bagi penyokongnya untuk Gegar Vaganza

Tunggulah jawapan rasmi dari figura ini sendiri. Tapi siapakah yang layak berkongsi pentas bersama Hazami? Adakah artis berkenaan adalah ahli Wanna One yang digembar gemburkan terlibat dengan projek usahama Hazami dan artis Korea? Apapun, mesti meletop kalau ianya menjadi realiti.

Kongsikan artikel ini