30 Jam, 50 Juta Tonton Fake Love BTS & Netizen Cop Hyunmin-A Pendatang Korea

Bintang K-POP, BTS atau Bangtansonyeonda terus mencipta rekod dunia apabila mencatat rekod terbaru dengan meraih jumlah penonton sebanyak 50 Juta di Youtube sebaik saja melancarkan muzik video berjudul Fake Love pada 18 Mei 2018 jam 6 petang waktu Korea Selatan.

 

Antara babak suspen dalam MV Fake Love dari BTS.

 

Rekod terbaru ini sekaligus meletakkan BTS berada di tanggas atas sekali lagi dan terus mencipta nama di persada seni dunia. Malah, BTS turut mendapat liputan meluas dari media Hollywood dan mampu menambah peminat di kalangan artis Hollywood. Ada juga artis Hollywood yang mengundi BTS untuk 2018 Billboard Music Awards dalam kategori yang dipertandingkan. Catatan terbaru ini sekaligus meletakkan mereka sebagai artis Korea pertama menerima respon sebegini dan memecahkan rekod yang pernah dimiliki oleh PSY menerusi lagu Gangnam Style.

 

 

Dalam pada itu, Warner Music Malaysia yang baru saja melancarkan muzik video penyanyi Hyunmin-A pada 19 Mei 2018 jam 12 tengah malam telah membuatkan penyanyi kelahiran Johor ini dicop sebagai pendatang dari Korea Selatan.

 

 

Difahamkan, tuduhan ini semua gara-gara netizen kurang tahu bahawa Hyunmin-A merupakan Selebriti Tempatan yang sedang mencipta nama di Korea dan telah pun melancarkan lagu I’LL Show pada 4 tahun yang lalu. Hyunmin-A mula disunting agensi hiburan Korea pada 2012 dan mula berhijrah ke Korea Selatan pada 2013.