15 Lagu Korea Pasal Kopi Tanda Orang Korea Gila Kopi & Kaki Lepak Kafe

Prev1 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selain suka minum minuman keras buatan Korea iaitu Soju bersama teman, orang Korea juga suka memilih untuk minum Kopi apabila bertemu rakan-rakan atau mengunjungi Kafe. Malah, mereka yang bekerjaya atau bekerja pejabat lebih kerap memilih Kopi berbanding Soju. Minum Kopi dianggap sebagai penenang dari tekanan seharian bekerja bagi golongan pekerja pejabat di Korea Selatan.

 

Ramai bintang K-POP menyukai kopi dan menampilkan babak minum kopi dalam MV.

 

Jika anda menonton drama Korea, babak minum Kopi di pejabat atau semasa waktu pejabat sudah menjadi kebiasaan seolah-olah perkara yang wajib dibuat sebagai kakitangan pejabat. Boleh dikatakan hampir ke semua drama dan filem Korea pasti ada babak minum Kopi sama ada di pejabat atau pun di Kafe.

 

 

 

Bukti yang menunjukkan bahawa orang Korea amat menggemari minum Kopi dan suka meluangkan masa di Kafe turut ditonjolkan dalam beberapa lagu popular Korea. Malah, lagu-lagu ini juga menjadi peneman dikala minum kopi atau lepak di Cafe.

 

 

Jom lihat senarai lagu berkenaan di sebelah. Apa yang pasti, lagu ini sangat sedap didengar dan boleh dianggap kapsul ketenangan minda.

Prev1 of 16
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini