Descendents Of The Sun- Fantasi & Realiti Tentera Korea

 

Sepanjang 2016, drama lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berjudul Descendent Of The Sun (DOTS) bukan saja mencetuskan fenomena baru di Korea Selatan bahkan di seluruh Asia. Ramai gadis terpukau dengan keberkesanan watak pelakon-pelakon lelaki DOTS sehingga menginginkan askar sebagai teman lelaki.

 

Dalam pada itu, kebanyakan jejaka Korea secara majoriti merasakan ia seperti satu kisah dongeng saja. Sesetengah berpendapat wajah tentera Korea yang digambarkan dalam DOTS sememangnya wujud tetapi pada askar khidmat negara saja. Contohnya paling dekat pada selebriti Korea seperti ahli Super Junior Choi Si Woon dan Lee Dong Hae serta Jaejong JYJ dan Changmin TVXQ.

 

Dari Kiri Siwon, Donghae dan Jaejong- Foto Sumber NAVER

Persoalannnya di sini, benarkah kesemua askar Korea sekacak dan mempunyai susuk tubuh menarik seperti pelakon Song Joong Ki, Jin Goo dan Kim Min Seok dalam DOTS? Adakah tugas mereka sama seperti yang digambarkan dalam drama atau lebih teruk lagi?

 

EH! KOREA BUZZ berpeluang mendapatkan komen beberapa askar Korea Selatan mengenai isu berkaitan. Yang paling penting, mereka bukanlah jejaka Korea yang wajib menjalankan perkhidmatan sebagai askar selama 2 tahun tetapi berkerja sepenuh masa sebagai tentera.

 

 

Buat pembaca EH! KOREA BUZZ, kenali dan nilailah sendiri sama ada rupa paras askar di Korea hanyalah fantasi semata-mata atau pun tidak.

 

Foto Koleksi Choi Inyoung

Choi In Young
Umur: 21
Jawatan: Master Sergeant di Garrison USK (United States Force Korea), Seoul Korea.
“Dalam drama itu, jalan ceritanya menunjukkan bahawa tentera Korea perlu ke luar negara iaitu tempat peperangan bagi menjalankan operasi keselamatan. Hakikatnya, kami tidak sebegitu. Latihan kami jauh lebih mencabar lagi”

 

 

Foto koleksi ByungYoung

Joo Byung Young
Umur: 30
Jawatan: Sergeant Major di Garrison USK (United States Force Korea), Seoul Korea.

“Kami tidaklah sekacak mana pun. Contohnya paling ketara dalam Kem kami. Dari 20 Petugas Tentera berjawatan tetap, boleh dikatakan hanya 5 orang saja yang kacak dan seksi seperti pelakon dalam drama itu.”

 

 

Foto Koleksi Sukyub

Kim Suk Yub
Umur: 22
Jawatan: Sergeant di Garrison USK (United States Force Korea), Seoul Korea.
“Tiada wanita boleh bernafas tenang seandainya terlibat dalam peperangan,”

 

 

Foto Koleksi Jihoon

Kim Ji Hoon
Umur: 20
Jawatan: Technical Sergeant di Garrison USK (United States Force Korea), Seoul Korea.
“Sungguhpun perkhidmatan kami melibatkan Korea Selatan dan Amerika Syarikat, tetapi kami tidak perlu ke negara lain untuk menjaga keamanan dan keselamatan Korea”

 

Foto Koleksi Junwon

Choi Junwon
Umur: 26
Bertugas sebagai Askar Marin di 2nd Division, Marine Corps. Ganghwado, Korea
“Drama ini merupakan hasil karya terbaik dari anak seni Korea. Saya amat berbangga. Saya juga berterima kasih dengan gadis-gadis yang mula sukai kami kesan dari DOTS. Saya bersetuju drama ini menaikkan imej kami sebagai askar Korea.”

Kongsikan artikel ini