Digelar Ramlee Carter, KPOP Star Minat Buka Cawangan RAMLY BURGER di Korea?

Bekas ahli kumpulan Lunafly, Sam Carter yang kini sibuk dengan kemunculan semula ke industri nyanyian Kpop cetus kejutan apabila muncul dalam program kolaborasi bersama Korea Buzz dan Wayout Sounds, #OppaRayaHouse yang bersiaran pada malam Syawal Keempat, jam 9 malam di Facebook Korea Buzz.

Ternyata program santai yang menyaksikan Sam buat julung kalinya menyanyikan lagu Raya berjudul Selamat Hari Raya secara langsung itu membuatkan ramai peminat setianya terkejut sehingga mengatakan personaliti Sam jauh beza dengan program radionya di Arirang TV.

Walaupun tidak menyanyikan lagu tersebut secara penuh kerana baru saja melakukan pembedahan dimulut, Sam sangat teruja apabila digelar Ramlee Carter oleh peminat. Selain menyanyi, program yang diacarakan Hyunmin-A bersama Sam telah memberikan nama-nama Melayu untuk artis yang terlibat pada malam itu.

Nama tersebut digunakan artis bagi sesi permainan yang menyaksikan Park Soohan mengungguli permainan. Sebaik saja Sam menerima nama Ramlee, peminat sangat gembira dan merasakan ia sangat sesuai dengan jejaka yang baru saja melancarkan label muzik di Korea iaitu Wayout Sounds.

Malah, Sam sendiri suka dengan nama Ramlee dan berseloroh mahu membuka restoran Ramlee Burger apabila mendapat tahu nama tersebut merupakan jenama Burger paling popular dan laris di Malaysia. Selain itu, Sam juga teruja Ramlee juga adalah nama bintang Lagenda Malaysia, P.Ramlee.


Bagi yang terlepas menyaksikan program ini secara langsung, anda boleh tonton ulang tayang di facebook Korea Buzz atau pun boleh menonton di saluran youtube Korea Buzz. Selamat menonton keletah Sam Carter, Hyunmin-A, Jacob Choi, Keyin Tay dan Soohan dalam Oppa Raya House!

#OPPARAYAHOUSE

Kongsikan artikel ini