Pemain Sexophonist gaya bebas wanita pertama di Malaysia, Keyin Tay sangat gembira apabila diberi peluang untuk menyertai Sam Carter, Soohan, Jacob Choi dan Hyunmin-A menerusi program live, Oppa Raya House yang bersiaran pada malam 27 Mei bermula jam 9 malam hingga 10.30 malam.
Keyin yang malam itu dipanggil Latifah ternyata hanya mampu tersenyum dan tersipu malu apabila dapat bertentang mata secara online dengan bintang Kpop. Malah, Keyin sangat teruja dapat berinteraksi dengan Park Soohan yang merupakan antara lelaki Korea Muslim yang paling kacak di Korea.
Menariknya, Keyin telah diiktiraf kesemua artis jemputan #OppaRayaHouse bahawa dia mempunyai wajah seiras dengan ahli kumpulan K-POP FX, Amber Liu. Lantaran itu juga, Sam telah mengusiknya dengan mencadangkan agar menyanyikan lagu dari kumpulan F(X).
Walaupun pertama kali, Keyin ternyata tidak kekok sehinga dia mampu memukau bukan saja penonton tetapi oppa-oppa yang menyaksikan persembahan Keyin bermain sexophone untuk lagu Suasana Riang Dihari Raya dari Junainah M Amin.
Malah, Keyin sempat mengajar Soohan menyebut tajuk lagu tersebut dan ternyata sebutan Soohan menonjolkan sisi comelnya sehingga peminat berteriak.
Untuk menyaksikan persembahan penuh Keyin dan celoteh Keyin bersama bintang K-POP yang lain, anda boleh menonton video tersebut di facebook Korea Buzz atau di saluran Youtube Korea Buzz. Selamat menonton.