Dilabel Jay Park & Bobby iKON Taiwan, OZI Nak Datang Malaysia Lepas #PKP

Rapstar terkenal dari Taiwan, OZI tiba-tiba mendapat perhatian peminat K-POP. Dikenali dengan muzik baru yang lebih banyak berkiblatkan muzik K-POP dan Amerika, OZI yang baru berusia 23 tahun turut mendapat perhatian kerana memiliki rupa paras dan penampilan seperti Jay Park. Sama seksi seperti Jay Park walaupun tidak perlu buka baju.

 

OZI sama seperti Jay Park atau Bobby?

Malah, penggiat industri K-Pop turut memaklumkan aura yang dimiliki OZI sama seperti Jay Park yang dikenali di Korea dan Amerika Syarikat sebagai Rapstar Korea yang genius dan lantang bersuara. Oleh kerana itulah juga, OZI turut dikenali sebagai Jay Park versi Taiwan.

 

OZI dikhabarkan memilki populariti yang sama seperti Jay Park di Korea.

Dalam pada itu, melihat lebih teliti wajah, fizikal dan karakter OZI, jejaka yang sebenarnya warga Taiwan dan Amerika Syarikat ini persis ahli iKON, Bobby. Cara dan perwatakannya agak sama sehingga ada banyak foto yang dimuat naik OZI mendapat perhatian ramai dan peminat tidak dapat membezakan antara Bobby dan OZI.

 

Mereka berdua dikatakan sama ibarat kembar kerana faktor umur dan bakat.

Fasih berbahasa English dan Mandarin, OZI dikhabarkan bakal mengeluarkan lagu baru dan mendapat khidmat nasihat dari produser terkenal Korea yang banyak menghasilkan karya-karya terbaik Rap untuk bintang Korea. Di samping itu juga, OZI telah melaksanakan satu kajian untuk melihat sama ada dia diterima peminat dari Asia Tenggara terutama sekali Malaysia.

 

OZI sangat berbakat dari kecil lagi.

Dia tertanya-tanya apakah Bahasa Cina yang digunakan rakyat Malaysia. Adakah Mandarin, Hokkien atau pun Kantonis? Namun, OZI dikatakan menarik lafaz lega apabila dapat tahu, orang Malaysia fasih dalam Bahasa English. Walaupun kini banyak menetap di Taiwan, OZI teringin menghiburkan peminat di seluruh Asia. Dia difahamkan masih belum mengadakan konsert luar dari Taiwan.

Turut mempunyai iras seperti orang Malaysia.

OZI dikatakan sedang rancak mengatur langkah untuk hadir ke beberapa negara Asia terpilih termasuklah Malaysia. Menurut sumber, OZI sangat berminat dengan Malaysia dan berkemungkinan mahu terus ke Malaysia selepas habisnya tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Itu pun seandainya lepas dan dibenarkan.

Seksi dan menggoda walaupun masih muda.

Namun, menerusi pihak perundingnya di Korea dan Malaysia, berkemungkinan besar dia bakal membuat promosi secara online terlebih dahulu bagi menghormati keputusan beberapa negara selain tidak mahu rantaian COVID-19 bersambung dengan aktivitinya. Sebab itulah, OZI hanya akan menunggu dan merangka strategi saja. Jadi, sekiranya anda berminat dengan OZI, anda bolehlah secara terus menghubunginya di laman Instagram. Anda boleh kenal dengan lebih dekat dengannya sebelum dia datang bertemu anda.

Turut menjadi model produk antarabangsa terkenal.

Kongsikan artikel ini